MB Terengganu 'reda' anugerah kebesaran negeri dilucut
Apr 27, 2016 | 05:30 AM
PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, mengakui reda dan pasrah anugerah kebesaran negeri yang dikurniakan kepadanya ditarik balik.
Malah, dengan apa yang berlaku, beliau bertekad mahu terus membuktikan taat setia kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.