KONFLIK BARISAN NASIONAL

MCA, MIC keluar Baris(aN)?

PETALING JAYA: Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) mengisytiharkan hasrat mereka kelmarin hendak menjalin perikatan baru, dengan kedua-dua parti menyalahkan kenyataan perkauman oleh Datuk Seri Nazri Aziz semasa pilihan raya kecil Semenyih baru-baru ini menegangkan lagi hubungan dalam perikatan Barisan Nasional (BN).

Dua parti itu, dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh presiden masing-masing, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Tan Sri S. Avigneswaran, kelmarin juga menyifatkan pelantikan Datuk Nazri sebagai setiausaha agung BN sebagai tidak sah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan