Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

McDonald’s pecat CEO Steve Easterbrook atas hubungan sulit bersama pekerja

Nov 04, 2019 | 11:54 AM

SYARIKAT McDonald's telah memecat Ketua Eksekutifnya, Encik Steve Easterbrook, atas kesalahan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja syarikat itu, sesuatu kesalahan yang telah melanggar dasar syarikat, kata gergasi makanan segera itu semalam (3 November).

Dalam emel kepada pekerja McDonald’s lain semalam, Encik Easterbrook berkata perbuatannya itu “satu kesilapan”, dan bahawa beliau setuju dengan keputusan lembaga syarikat tersebut untuk mengundurkan diri. 

Pemecatannya adalah antara yang paling berkesan dalam dunia korporat di Amerika, berhubung kelakuan yang tidak sewajarnya dengan kakitangan syarikat.

Pengawasan pegawai eksekutif dan kelakuan mereka terhadap pekerja semakin diteliti, di tengah-tengah pergerakan #MeToo dalam talian, yang menonjolkan perbuatan gangguan seksual di tempat kerja.

Encik Chris Kempczinski, 51 tahun, yang baru-baru ini dinobat menjadi presiden McDonald's Amerika Syarikat, dinamakan CEO baru syarikat itu, dan langkah itu akan dikuatkuasa dengan serta merta.

McDonald’s tidak memberikan butiran lanjut tentang kejadian di sebalik pemecatan Encik Easterbrook. 
 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3