Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Meghan Markle kembali ke Canada

Jan 11, 2020 | 03:48 PM



LONDON: Isteri Putera Harry, Meghan Markle, kembali ke Canada, susulan pengumuman mengejutkan pasangan berkenaan untuk berhenti daripada menjalankan tugas rasmi keluarga diraja.



Duke dan Duchess of Sussex itu menghabiskan cuti Krismas di Canada bersama-sama putera mereka,  Archie, sebelum kembali dengan pengumuman mahu melepaskan tugas rasmi sebagai anggota keluarga diraja.



Akhbar Daily Mail melaporkan, Meghan pulang ke Canada Khamis lalu tanpa sebarang niat untuk berada lebih lama di Britain.



“Saya boleh sahkan bahawa Duchess berada di Canada,” kata jurucakap pasangan itu, tanpa mengesahkan laporan Daily Mail bahawa Harry bakal menyusul untuk bersama isteri dan anaknya yang berusia lapan bulan.



Beberapa media Canada melaporkan bahawa Meghan kembali ke Vancouver, iaitu lokasi percutian mereka sekeluarga dan tempat Archie ditinggalkan bersama penjaganya.



Beberapa anggota kanan keluarga Diraja terkejut dengan pengumuman pasangan terbabit Rabu lalu. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >