Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mekanik dipenjara 4 tahun, sebat dek guna kad debit mangsa MH370

May 20, 2015 | 05:55 PM



KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dipenjara empat tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kad debit akaun simpanan seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.


Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 34 tahun, dan mengarahkannya menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam, lapor Berita Harian Online semalam.


Basheer menghadapi empat pertuduhan mengikut Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu menggunakan kad debit akaun simpanan Tian Jun Wei mengeluarkan RM7,650 ($2,830) dalam tiga transaksi berasingan.


Dia dituduh melakukan semua perbuatan itu di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang, 29 Jun tahun lalu.


Sementara itu hukuman ke atas isterinya yang juga pegawai bank HSBC, Nur Shila Kanan, 34 tahun, ditangguhkan sementara pihak mahkamah mengesahkan kesahihan sijil cuti sakit wanita itu dengan hospital.


Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia, Hue Pui Heng, berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, Tian Jun Wei, manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >