WASHINGTON: Menantu bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, Encik Jared Kushner, dilantik sebagai penasihat kanan Rumah Putih yang bertanggungjawab mengendalikan perjanjian perdagangan dan isu Asia Barat, kata pegawai peralihan semalam.
Perlantikan itu dianggap satu perkara yang jarang berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat presiden yang diberi peranan penting di Rumah Putih.