Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menantu Trump, Jared Kushner, akan jadi penasihat kanan Rumah Putih

Jan 10, 2017 | 09:19 AM



WASHINGTON: Menantu bakal presiden Donald Trump, Encik Jared Kushner, akan menjadi penasihat kanan Rumah Putih bagi perdagangan dan Timur Tengah, kata pegawai peralihan pada Isnin (9 Jan).



Ini merupakan kes jarang berlaku di mana ahli keluarga presiden memegang jawatan utama dalam pentadbirannya.



Encik Kushner, suami anak Encik Trump, Cik Ivanka, akan mengambil jawatan itu selepas mendapat nasihat guaman bahawa ia tidak akan melanggar undang-undang antinepotisme Amerika, kata pegawai peralihan.



Jawatan itu, tidak seperti jawatan Kabinet, tidak memerlukan pengesahan Senat, dan Encik Kushner tidak akan dibayar.



Encik Trump, dalam satu kenyataan bagi mengumumkan pemilihan itu pada Isnin, berkata Encik Kushner "aset besar dan penasihat yang dipercayai sepanjang kempen dan peralihan".



Encik Kushner, seorang pemaju hartanah New York seperti bapa mentuanya, menjadi suara penting kempen Encik Trump dan terlibat dalam hampir setiap aspek, daripada keputusan perjawatan kepada strategi dan pengumpulan dana.



Cik Ivanka, yang juga penasihat rapat bapanya, tidak akan mengambil peranan di Rumah Putih tetapi akan memberi tumpuan pada pemindahan keluarganya ke Washington.



Pelantikan Encik Kushner dijangka menimbulkan isu konflik kepentingan.



Beliau akan bekerja rapat dengan bakal Ketua Satf Rumah Putih, Encik Reince Priebus, dan ahli strategi kanan Steve Bannon dalam menasihati presiden baru itu, dan para pegawai berkata beliau akan memberi tumpuan sekurang-kurangnya buat permulaan pada dasar perdagangan dan Timur Tengah.



Encik Trump, yang mengambil alih jawatan pada 20 Jan, telah berikrar akan menulis semula perjanjian perdagangan antarabangsa untuk membuatnya lebih memihak kepada Amerika.



Beliau juga berjanji akan memindahkan Kedutaan Amerika di Israel dari Tel Aviv, lokasinya selama 68 tahun, ke Baitulmaqdis.



Langkah ini akan menjadikan bandar itu dipandang sebagai ibu kota Israel walaupun mendapat bantahan antarabangsa. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >