NICE: Kumpulan militan IS telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan menggunakan trak yang mengorbankan 84 jiwa di sini sedang pihak berkuasa Perancis memberkas tiga orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan tersebut.
"Orang yang melakukan operasi di Nice, Perancis, adalah seorang tentera ISIS," dakwa agensi berita Amaq, yang menyokong kumpulan militan itu, menerusi akaun Instagram.