Pelbagai usaha dilakukan Malaysia untuk membangunkan nilai potensi dan kebolehpasaran graduan seiring matlamat menjadikan golongan terbabit sebagai peneraju masa depan negara. Dalam masa yang sama, bagi memastikan kebolehpasaran graduannya, Malaysia juga melihat bagaimana ijazah yang diraih mendapat pengiktirafan. BERITA HARIAN Malaysia melihat isu ini dari kaca mata Profesor Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi memperkenalkan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) bagi memacu piawai dan pencapaian pengajaran dan pembelajaran.