Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menjejaki kehilangan MH370

Mar 20, 2014 | 07:00 PM



8 Mac - 12.41 tengah malam, pesawat MH370 jenis Boeing 777-200ER berlepas dari KLIA.  Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.30 tengah malam dalam perjalanan ke Beijing, China, dan seharusnya tiba di negara itu pada 6.30 pagi.


Mengemudi pesawat itu ialah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun; bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 tahun, dan dibantu oleh 10 petugas lain, kesemuanya warga Malaysia:


  1. Foong Wai Yueng

  2. Goh Sock Lay 

  3. Gomes Patrick Francis 

  4. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan

  5. Junaidi Mohd. Kassim 

  6. Andrew Nari 

  7. Ng Yar Chien 

  8. Tan Ser Kuin 

  9. Tan Size Hiang 

  10. Wan Syaid Wan Ismail

Pesawat membawa 227 penumpang. Senarai penumpang adalah seperti berikut:


  • 152 rakyat China (termasuk seorang bayi) 

  • 38 rakyat Malaysia 

  • 12 warga Indonesia 

  • 7 Australia 

  • 4 Perancis 

  • 3 Amerika Syarikat (termasuk seorang bayi) 

  • 2 New Zealand 

  • 2 Ukraine 

  • 2 Kanada 

  • 1 Russia 

  • 1 Itali 

  • 1 Taiwan

  •  1 Belanda, dan 

  • 1 Austria

7.24 pagi - MAS mengeluarkan kenyataan mengumumkan kehilangan pesawat


10.30 pagi - MAS mengeluarkan kenyataan kedua, memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan


  • Anggota keluarga penumpang MH370 mula membanjiri Anjung Tinjau di KLIA

  • Warga Twitter turut bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending atau ikutan

12 tengah hari - Sidang media diadakan di Hotel Sama-Sama di Sepang. Maklumat itu diberikan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman


Perincian kehilangan pesawat


1.07 pagi - MH370 menghantar transmisi terakhir melalui Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (Acars), yang membekalkan data utama mengenai keadaan pesawat


1.19 pagi - Pembantu juruterbang menyampaikan mesej radio terakhir dari kokpit dengan berkata: "all right, good night" (baik, selamat malam).


1.21 pagi - Transponder pesawat terputus data kepada radar


1.30 pagi - Pesawat dilaporkan hilang daripada radar awam DCA di kedudukan 120 batu nautika di timur perairan Kota Bahru


02.15 pagi - Kali terakhir pesawat dikesan radar tentera


  • Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pesawat kali terakhir dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur

  • Pengarah Operasi Penerbangan DCA, Kapten Datuk Yahaya Abdul Rahman, berkata bekalan minyak pesawat mampu bertahan sehingga 8.15 pagi

  • 7 malam - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar pertama di Hotel Sama-Sama di KLIA, mengumumkan usaha mencari di kawasan "di mana signal (isyarat) terakhir pesawat tersebut telah diterima".

9 Mac - Kehilangan pesawat hampir 24 jam menjadi misteri apabila tidak ada satu pihak pun mengetahui lokasi sebenar kejadian


  • Siasatan mendapati, dua daripada 227 penumpang didapati menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut. Kedua-dua mereka warga asing

  • Operasi besar-besaran melibatkan 24 pesawat dan 40 kapal termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, China, Vietnam, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia

  • Siasatan awal radar tentera menunjukkan ada kemungkinan pesawat cuba berpatah balik ke KLIA. Operasi diperluaskan ke Selat Melaka

  • Data pemantauan awal Pentagon menunjukkan tiada sebarang letupan berlaku di Laut China Selatan

  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak meletakkan ancaman pengganas sebagai faktor utama tetapi tidak menolak kemungkinan tersebut

10 Mac - Walaupun menggunakan teknologi pengesan paling canggih, kerja-kerja mencari tetap gagal mengesan pesawat MH370


11 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahaya, berkata pihaknya dan juga Pengawal Trafik Udara tidak menerima panggilan kecemasan daripada pesawat tersebut


  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan PDRM memberi tumpuan kepada empat elemen penting dalam siasatan mereka: sabotaj, masalah peribadi penumpang dan anak kapal, rampasan pesawat dan faktor psikologi.

  • Satu pasukan khas telah ditubuhkan dan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

  • Polis Antarabangsa (Interpol) mendedahkan identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi milik seorang rakyat Austria dan Itali. Polis telah mengenalpasti kedua-dua lelaki itu sebagai warga Iran:

  1. Delavar Seyed Mohammadreza, 29 tahun, dan

  2. Pouri Nour Mohammadi, 19 tahun

  • Kawasan mencari diperluaskan ke Selat Melaka dan utara Sumatera, berdasarkan isyarat rada Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang mengesan pesawat berpatah balik

12 Mac - Usaha mencari melibatkan 13 negara serta penggunaan pelbagai kelengkapan, termasuk 35 pesawat dan 42 kapal laut, usaha mencari tetap buntu.


  • India menyertai kerja mencari dan menyelamat. Menggerakkan satelit Rukmini atau GSAT-7 kepunyaan tentera lautnya untuk mengesan MH370

  • Jepun kerah empat pesawat

  • Brunei tawar aset bantuan

13 Mac - Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan operasi akan diteruskan sehingga pesawat berjaya ditemui


  • Kerajaan Malaysia kata Datuk Seri Hishamuddin, "tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat" kerana fokus adalah untuk menemui pesawat secepat mungkin

  • Seorang pegawai kanan Pentagon dipetik ABC News sebagai mendakwa, pesawat mungkin terhempas di Lautan Hindi

  • Rakyat Malaysia berdoa dan masjid-masjid mengadakan solat hajat

14 Mac - Amerika kerahkan pencarian di Lautan Hindi


  • Operasi antarabangsa disertai 48 pesawat, 57 kapal dari 13 negara sehingga ke Lautan Hindi dan Laut Andaman

  • India kerah pesawat dan kapal ke Laut Andaman

  • Malaysia minta kerjasama Vietnam perluaskan pencarian di Lautan Hindi

  • Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault tawar bantuan siasat kehilangan MH370

  • Mufti, tokoh agama gesa rakyat jangan buat spekulasi

  • Fokus utama MAS menjaga anggota keluarga penumpang dan anak kapal

15 Mac - Datuk Seri Najib di sidang akhbar mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370, dan ia menyimpang dari laluan penerbangan asal ke Beijing


  • Seseorang telah mematikan Acars dan transponder, yakni sistem yang berhubung dengan menara kawalan, telah dipadamkan sekitar pantai timur Semenanjung dan sempadan Malaysia-Vietnam

  • Data komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit pada 8 Mac adalah pada 8.11 pagi

  • Dari sempadan kawalan udara Malaysia-Vietnam, MH370 dipercayai berpatah balik ke arah barat sebelum membelok menghala barat laut sehingga keluar daripada liputan radar tentera

  • Pesawat dipercayai berada di dua koridor. Koridor utara menjangkau sempadan Kazakhstan-Turkmenistan hingga utara Thailand

  • Koridor selatan meliputi Indonesia dan selatan Lautan Hindi

  • Pihak berkuasa memberi tumpuan siasatan ke atas penumpang dan anak kapal

  • Siasatan meliputi semua aspek termasuk rampasan pesawat

  • Operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan dihentikan

16 Mac - Siasatan polis diperluaskan kepada semua anak kapal, jurutera, penumpang dan kakitangan lapangan terbang yang terlibat dengan pesawat itu


  • Polis siasat rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Kapten Fariq Abdul Hamid serta menemubual ahli keluarga mereka

  • Alat simulasi penerbangan di rumah Kapten Zaharie diambil pakar bagi tujuan siasatan

  • Kedua-dua kapten tidak meminta untuk bertugas secara bersama pada hari kejadian

  • Bekalan minyak untuk pesawat mampu bertahan untuk tambahan sejam

17 Mac - Kehilangan MH370 masih misteri


  • Tiada panggilan diterima dari mana-mana pihak menuntut wang tebusan atau mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab

  • Soalan yang berlegar: Siapa yang mengemudi pesawat yang dipercayai terbang semula ke arah barat melalui semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah laut dan hilang liputan radar utama tentera?

  • Pergerakan MH370 tidak dikesan radar negara-negara yang dilaluinya

  • Berdasarkan laporan media, MH370 dikatakan terbang dalam altitud berbeza-beza, daripada ketinggian 10,668 meter kepada 13,716 meter dan kemudiannya terbang rendah 7,010 meter sebelum terbang mendaki semula ke Lautan Hindi

18 Mac - Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein meminta negara-negara Asean melihat semula data radar untuk mengesan pesawat MH370


  • Kawasan mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan terbahagi kepada tujuh kuadran

  • Usaha mencari meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi

  • China mengerahkan 21 satelit termasuk Gaofen1 yang berupaya merakamkan objek beresolusi tinggi

  • Beberapa buah satelit seperti Landat 8 milik Amerika Syarikat turut menyertai usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370

  • Isyarat 'ping' terakhir dari sistem satelit pesawat adalah tujuh jam selepas ia hilang dari radar komersial di Laut China Selatan

  • Isyarat itu tidak memberi kedudukan sebenar sama ada pesawat masih terbang atau meneruskan penerbangan menuju ke koridor utara atau selatan

  • Kawasan carian koridor selatan bermula dari Indonesia sehingga Lautan Hindi. Ia selari kedudukan berjarak 3,200km dari Perth, Australia

19 Mac - Kebanyakan data permainan dalam log simulator penerbangan milik juruterbang MH370 didapati dipadamkan pada 3 Februari lalu sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370, kata Ketua Polis Negara


  • Datuk Seri Najib Razak berbincang dengan menteri-menteri dan pegawai kanan yang berkenaan mengenai kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370

  • Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Pasukan utama teknikal misi mencari dan menyelamat (SAR) kini dipecahkan kepada tiga kumpulan membabitkan diplomatik aset dan logistik serta teknilai kerana kawasan liputan semakin luas

  • Ahli keluarga beberapa penumpang pesawat MH370 yang hilang menyerbu dewan sidang media. Mereka mendesak pihak berkuasa dan mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat MH370.

  • Keadaan menjadi riuh dengan jeritan yang menyelubungi pusat media sebelum anggota keselamatan masuk dan mengiringi mereka ke bilik sekretariat media.

  • Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa kepiluan terhadap keluarga penumpang

- Sumber: Malaysia Airlines, AFP, Reuters, BHM, Utusan, The Star, New Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >