Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menlu M'sia jelas keputusan tidak benar Myanmar hadiri mesyuarat antarabangsa

Jul 28, 2022 | 07:47 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia telah memutuskan Myanmar tidak dibenarkan menghantar perwakilan politik ke mana-mana mesyuarat peringkat menteri antarabangsa.



Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu atas alasan kerajaan Malaysia serius dalam isu perwakilan politik Myanmar.



"Sebelum ini, pendirian Malaysia adalah Myanmar tidak seharusnya dijemput untuk menghantar perwakilan politik ke semua sidang puncak Asean kerana kita tidak melihat kemajuan yang jelas bagi Konsensus Lima Perkara (5PC)," katanya.



Datuk Saifuddin berkata demikian kelmarin dalam satu sidang media selepas bertemu Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Myanmar, Cik Noeleen Heyzer.



Cik Noeleen dalam misi dua hari ke Kuala Lumpur atas jemputan Datuk Saifuddin turut mengadakan perbincangan yang sangat produktif dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengenai situasi di Myanmar.



Melihat ke hadapan, Datuk Saifuddin dan Cik Noeleen menekankan perlunya penglibatan inklusif semua pihak berkepentingan di Myanmar.



Cik Noeleen turut menggesa Menteri-menteri Luar Asean mengangkat isu Rohingya sebagai agenda utama mereka, selain turut menekankan keperluan pendidikan bagi masyarakat itu untuk cegah kemunculan "generasi yang ketinggalan".



Cik Noeleen berkata Myanmar bertanggungjawab menangani isu asas yang melibatkan Rohingya dan mewujudkan penyelesaian kekal untuk penghantaran pulang secara sukarela, selamat, bermaruah dan mampan bagi semua pelarian dan penduduk yang berpindah secara paksa.



Semasa pertemuan itu, Datuk Saifuddin dan Cik Noeleen melihat pelaksanaan hukuman mati ke atas empat aktivisdi Myanmar sebagai merencatkan usaha Asean, termasuk 5PC, dalam membantu mencari penyelesaian untuk Myanmar.



Datuk Saifuddin berkata Malaysia mengutuk pelaksanaan hukuman mati oleh junta Myanmar dan melihat tindakan itu sebagai satu jenayah terhadap manusia sejagat.



Beliau berkata pelaksanaan hukuman mati itu berlaku kurang dua minggu selepas Duta Khas Pengerusi Asean ke Myanmar, Menteri Luar Kemboja, Encik Prak Sokhonn, melawat Myanmar dan hanya kira-kira seminggu sebelum Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean di Phnom Penh pada 3 Ogos.



Hukuman mati terhadap empat lelaki itu - Phyo Zeya Thaw, bekas anggota Parlimen Liga Demokratik Kebangsaan (NLD); aktivis terkemuka Kyaw Min Yu, yang juga dikenali sebagai 'Ko Jimmy'; Aung Thura Zaw; dan Hla Myo Aung - yang kesemuanya didakwa di bawah undang-undang antikeganasan, merupakan hukuman mati pertama dilaksanakan di Myanmar sejak 1988, menurut Amnesty International, yang sehingga kini menganggap negara itu sebagai telah menghapuskan hukuman mati.



Pelaksanaan hukuman mati itu pada hujung minggu lepas yang mengejutkan dunia dilaporkan secara meluas dan menerima kecaman antarabangsa.



Datuk Saifuddin dan Cik Noeleen turut kesal kerana tiada kemajuan sebenar ditunjukkan dalam pelaksanaan 5PC setakat ini, dan disebabkan itu Malaysia sangat menyokong idea Cik Noeleen bahawa perlu ada rangka kerja yang sesuai untuk pelaksanaannya.



Malaysia akan membentangkan beberapa cadangan mengenai rangka kerja itu semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean di Phnom Penh dengan elemen utama rangka kerja itu mesti ada garis penamat bagi 5PC Asean. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >