Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar: Johor akan terus jadi pilihan pelabur dengan kerjasama baik

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



PONTIAN: Johor akan terus menjadi pilihan pelabur sekiranya semua pihak dapat menjalinkan kerjasama yang baik serta membantu memudah cara proses kemasukan mereka ke negeri itu.



Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata kehadiran mereka penting bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi setelah dunia menerima kesan daripada pandemik Covid-19 sebelum ini.



Katanya, dalam iklim pelaburan yang semakin kompetitif dan mempunyai banyak persaingan, pelabur mempunyai banyak pilihan bagi menjaga kepentingan syarikat sekiranya kita gagal untuk menyakinkan mereka.



"Kerajaan negeri seharusnya menggunakan sebaik-baiknya potensi yang ada termasuk kedudukan yang strategik kerana berjiran dengan Singapura sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya.



"Kita akan terus menjadikan Johor sebagai pilihan pelabur kerana kita merupakan negeri yang begitu unik dan strategik, berjiran dengan sebuah negara yang maju dan jauh ke hadapan daripada kita," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di Pekan Nanas, di sini.



Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Encik Ayub Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif Tropicana Corporation Berhad, Encik Lee Han Ming dan Pegawai Daerah Pontian, Encik Mohd Rafi Abdullah.



Sementara itu, ujar Datuk Hasni, prosedur yang menyukarkan para pelabur untuk membuat pelaburan di Johor perlu ditambah baik supaya mereka gembira untuk menjalankan urusan di sini.



"Mengekalkan yang sedia ada tidak cukup baik, kita perlukan lebih banyak pelaburan datang ke negara kita, memudah cara juga merupakan salah satu kepentingan supaya dalam tata kelola kita yang diperkenalkan," ujarnya.



Jelas beliau, dengan adanya tata kelola yang diperkenalkan akan membolehkan pelabur meningkatkan keyakinan kepada negara seterusnya membawa masuk pelaburan mereka ke Johor. - Utusan Malaysia.




"Kita akan terus menjadikan Johor sebagai pilihan pelabur kerana kita merupakan negeri yang begitu unik dan strategik, berjiran dengan sebuah negara yang maju dan jauh ke hadapan daripada kita."
- Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >