Menteri Besar Johor: Tidak perlu ‘kebenaran’ Kementerian Ehwal Luar untuk jalankan tugas, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Menteri Besar Johor: Tidak perlu ‘kebenaran’ Kementerian Ehwal Luar untuk jalankan tugas

Jan 21, 2019 | 01:30 PM

KOTA TINGGI: Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata beliau tidak memerlukan ‘kebenaran’ Menteri Ehwal Luar Malaysia untuk menjalankan tugasnya sebagai menteri besar, membela perbuatan beliau  mengunjungi kapal kerajaan Malaysia di perairaan Tuas pada 9 Januari.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (18 Jan), Kementerian Ehwal Luar (MFA) Malaysia menafikan bahawa Menteri Ehwal Luar Datuk Saifuddin Abdullah memberikan Datuk Osman ‘kebenaran tidak rasmi’ untuk mengunjungi MV Pedoman, kapal Jabatan Kelautan Malaysia yang sedang berlabuh di perairan Tuas.

Datuk Osman berkata:

“Sebagaimana yang saya telah katakan awal tadi, dan sesuatu yang akan saya ulangi, kunjungan saya ke MV Pedoman adalah kerana anak kapal telah berada di sana lebih sebulan.

“Saya bertindak sebagai pemimpin negeri dan kunjungan itu berada dalam perairan Johor, walau MFA (Malaysia) mendakwa kunjungan itu tidak mendapat kebenarannya.

Discover Malay Home Based Businesses

“Sebagai contoh, jika saya ingin mengadakan kunjungan ke satu daerah di Johor, perlukah saya mohon kebenaran daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri?

Khamis lalu (17 Jan), Datuk Osman mendakwa beliau telah mendapat ‘kebenaran tidak rasmi’ daripada Datuk Saifuddin untuk mengunjungi kapal itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map