Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Menteri Besar Selangor dijangka tanding cabar Azmin

Amirudin Shahri dikatakan bakal berdepan dengan Azmin Ali bagi kerusi Parlimen Gombak
Oct 29, 2022 | 05:30 AM



GOMBAK: Desas-desus Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bakal bertanding bagi kerusi Parlimen di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin jelas kelihatan.



Ia selepas terdapat poster calon memaparkan wajah Datuk Amirudin yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikongsikan penyokong parti tersebut di Facebook.



Desas-desus bahawa Datuk Amirudin akan bertanding di kerusi tersebut telah tersebar luas sejak Parlimen belum dibubarkan lagi.



Jika benar dakwaan tersebut, Datuk Amirudin bakal memberi tentangan kepada penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Datuk Mohamed Azmin, yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, menegaskan akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008.



Menerusi temu bual dengan Awani sebelum ini, Datuk Mohamed Azmin memberitahu akan mempertahankan kerusi Gombak dan bersedia untuk terus berkhidmat kepada penduduk Gombak.



Parlimen Gombak juga bakal menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga kerusi jika BN meletakkan calonnya.



Calon daripada BN yang menjadi sebutan adalah Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga Ketua Umno Gombak.



Datuk Mohamed Azmin menang PRU14 di Gombak di bawah tiket Pakatan Harapan, menewaskan Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin (Barisan Nasional) dan Encik Khairil Nizam Khirudin (Parti Islam SeMalaysia) dengan majoriti 48,721 undi.



Namun, Datuk Mohamed Azmin telah meninggalkan PKR pada Februari 2020 menerusi Langkah Sheraton bersama beberapa pimpinan lain sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Datuk Amirudin berkata beliau sedia menentang Datuk Mohamed Azmin jika pucuk pimpinan memilih beliau bertanding di kerusi itu pada PRU15.



Katanya lagi, sebagai anggota parti, beliau patuh kepada arahan dan akan menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya bagi mempertahankan kemenangan PKR di Parlimen berkenaan yang dimenangi sejak tahun 2008.



Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi bayangan bahawa Datuk Amirudin akan dicalonkan.



Kata Datuk Anwar, parti sedia menghantar 'panglima' Selangor untuk bertanding di kerusi tersebut.



Dalam pada itu, Datuk Amirudin berkata beliau yakin, berdasarkan rekod perkhidmatan PKR di Parlimen Gombak, pengundi di kawasan itu masih setia bersama parti berkenaan pada pilihan raya kali ini.



"Kita akan pastikan jentera kita kerja sekuat mungkin untuk dapatkan kepercayaan sepenuhnya daripada rakyat," kata Datuk Amirudin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >