Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar Selangor tidak temui Lembaga Disiplin PKR

Aug 08, 2014 | 12:53 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengesahkan beliau tidak hadir ke perbicaraan kesnya oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini dan meminta penangguhan ke 15 Ogos, Jumaat depan berikutan kesuntukan waktu.


"Petang ini saya tidak akan hadir, saya menghantar surat minta pada 15 Ogos nanti. Saya masih menunggu jawapan balas," katanya.


Tan Sri Khalid semalam berkata, beliau akan menyerahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR selewat-lewatnya 10 pagi ini dan akan mendedahkan kandungannya kemudian.


Surat permohonan meminta pindaan tarikh itu dihantar Setiausaha Politiknya Mustafa Mohd Talib ke ibu pejabat PKR dan akan diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong.


"Saya rasa Khalid tidak hadir petang ini kerana beliau ada mesyuarat di pejabat," kata Mustafa ketika ditemui media di perkarangan ibu pejabat PKR hari ini.


Tan Sri Khalid menambah, isi kandungan surat berkenaan juga akan dimaklumkan kepada umum.


Katanya, jawapan bertulis itu tidak akan menjawab secara khusus berhubung enam isu yang diajukan sebaliknya hanya satu jawapan bertulis.


Antara soalan Lembaga Disiplin yang perlu dijawab Tan Sri Khalid adalah isu penstrukturan air Selangor, Lebuhraya Kinrara Damansara (Kindex), penyelesaian luar mahkamah pinjaman Bank Islam dan tiga isu lain.


Beliau sebelum ini diminta untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


PKR hari ini meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, dalam usaha untuk mengasingkan Tan Sri Khalid yang enggan berhenti.


Arahan itu dikeluarkan beberapa jam selepas beliau dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.


The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. - The Malaysian Insider.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >