Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri dituduh berkaitan tindakan pelajar kasta rendah bunuh diri

Jan 20, 2016 | 11:12 AM



NEW DELHI: Seorang menteri federal dan tiga yang lain didakwa berhubung kematian seorang sarjana muda yang membunuh diri selepas digantung daripada universiti, berpunca daripada diskriminasi kasta.


Encik Rohit Vemula, seorang pelajar kedoktoran berusia 26 tahun di Universiti Hyderabad, dijumpai tergantung pada petang Ahad, mencetuskan protes di Hyderabad dan New Delhi.


Beliau antara lima pelajar, semuanya daripada kasta sosial paling rendah di India, Dalit, yang akan digantung oleh universiti selepas dituduh menyerang ketua kumpulan politik pelajar sayap kanan.


Mereka menafikan tuduhan itu.


Polis Hyderabad telah memfailkan kes awal terhadap naib canselor universiti itu, Appa Rao, dan menteri persekutuan rendah, Bandaru Dattatreya, yang menggesa universiti tersebut supaya menghukum lima pelajar itu.


Dua pemimpin pelajar sayap kanan Hindu, Sushil Kumar dan Vishnu, juga didakwa.


Mereka semua dituduh bersubahat dalam perbuatan bunuh diri dan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Kekejaman, yang bertujuan melindungi kasta rendah Hindu yang mempunyai sejarah diskriminasi dan didera.


Pada Isnin (18 Jan), polis melepaskan meriam air untuk menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan yang berkumpul di luar bangunan pemerintah tempat Dattatreya bertugas, untuk membantah kematian Encik Vemula.


Beratus-ratus lagi membantah di universiti itu.


Pemerintah telah menghantar penyiasat ke universiti tersebut untuk menyiasat kematian Encik Vemula.


Dalit, yang sebelum ini dikenali sebagai kaum tidak boleh disentuh, sering menjadi mangsa keganasan dan prasangka di banyak negeri di India dan kes diskriminasi terhadap mereka sering dianggap remeh oleh pihak berkuasa tempatan.


Terdapat kira-kira 180 juta orang Dalit daripada 1.25 bilion penduduk India. - AFP, Xinhua




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >