Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Indonesia jalani rawatan di S’pura

Nov 06, 2023 | 01:44 PM



JAKARTA: Menteri Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, baru-baru ini memberikan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatannya, dan menyatakan bahawa beliau beransur pulih dan kini boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk memeriksa urusan kerja.


Encik Luhut, 76 tahun, sudah hampir sebulan di Singapura, menjalani rawatan dan pemulihan selepas tempoh sakit.

“Saya tiba-tiba mengalami keletihan luar biasa selepas menghadiri satu acara. Ia bukan penat seperti yang saya biasa rasai selepas bekerja,” kongsinya di akaun media sosialnya.

Menurut beliau keputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Singapura dipengaruhi oleh saranan keluarga dan rakan-rakan, yang percaya ia akan memberikannya persekitaran optimum untuk pemulihan.

Semasa hari-hari awalnya di Singapura, Encik Luhut hanya dibenarkan ditemani seorang pembantu, anak dan isterinya, dan tidak dibenarkan menerima pelawat. Semua panggilan telefonnya perlu melalui pembantunya.

Namun apabila kesihatannya mula bertambah baik, beliau dibenarkan menerima pelawat, termasuk Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo dan Naib Presiden Indonesia, Encik Ma’ruf Amin.

Dalam catatannya, Encik Luhut menjelaskan beliau memilih mendapatkan rawatan perubatan di Singapura dan bukannya di Indonesia.

Jelasnya, beliau pada mulanya menerima rawatan perubatan di dua hospital di Jakarta, tetapi cadangan daripada rakan dan keluarga mendorongnya meneruskan persekitaran pemulihan yang lebih optimum di Singapura.

Keputusan Encik Luhut mendapatkan rawatan perubatan di Singapura telah mencetuskan beberapa kontroversi dan kritikan di Indonesia.

Ada yang mempersoalkan keadaan sistem penjagaan kesihatan negara, dan mengapa seorang pegawai tinggi pemerintah memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Kejadian itu memberi pencerahan kepada isu yang lebih luas, mengenai jurang penjagaan kesihatan di Indonesia.

Ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat pemerintah baru-baru ini amat dirasai, terutama oleh Menteri Pelaburan yang juga ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan, Encik Bahlil Lahadalia.

“Sebagai menteri yang bekerja di bawah penyelarasannya, saya mendoakan agar beliau cepat sembuh. Beliau adalah mentor kami,” kata Encik Bahlil.

Sepanjang ketiadaan Encik Luhut, Menteri Perusahaan Negara, Encik Erick Thohir, dilantik Menteri Penyelaras Interim Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan.

Luhut adalah pesara jeneral empat bintang, ahli perniagaan dan bekas diplomat, dengan kerjaya yang cemerlang dalam politik Indonesia dalam pelbagai jawatan pemerintah sejak 2000. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >