Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Indonesia usul visa masuk percuma bagi pelancong dari 20 negara

Dec 08, 2023 | 11:51 AM



JAKARTA: Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia telah mencadangkan pemberian visa masuk percuma kepada pelancong dari 20 negara sebagai usaha meningkatkan kunjungan pelancong dan membawa kesan berganda kepada ekonomi.


“Kementerian ini mencadangkan 20 negara dengan (jumlah) pelancong asing tertinggi, kecuali bagi mereka yang mempunyai pengecualian visa sedia ada,” kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Salahuddin Uno, di Jakarta pada 7 Disember, lapor agensi berita rasmi Antara.


Sebanyak 20 negara itu ialah Australia, China, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Qatar, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Belanda, Jepun, Russia, Taiwan, New Zealand, Italy, Sepanyol, dan dua negara Timur Tengah yang namanya tidak didedahkan.

Encik Uno berkata pemberian visa masuk percuma bagi 20 negara itu dijangka meningkatkan kunjungan pelancong asing, yang akan menjana kesan berganda, meningkatkan perniagaan domestik, menarik pelaburan, dan menyokong pembangunan ekonomi digital.

“Kami menyasarkan pelancong yang berkualiti, terutamanya mereka yang tinggal lebih lama dan perbelanjaan yang lebih tinggi dalam ekonomi tempatan,” katanya.

Menurut beliau, cadangan visa masuk percuma itu sudah diserahkan kepada Presiden Joko Widodo.

“Kami akan memuktamadkan cadangan itu bulan depan dan mendapatkan arahan Presiden. Setelah diluluskan, jabatan imigresen akan melaksanakan dasar itu,” ujar Encik Uno.

Selaras dengan cadangan itu, Kementerian Perusahaan Milik Negara (SOE) juga mencadangkan 13 lapangan terbang keutamaan untuk menempatkan pelancong asing, katanya.

Awal dari itu, Encik Uno menyatakan pemerintah akan menilai pemberian kemasukan tanpa visa berdasarkan timbal balik, kegunaan, dan keselamatan.

“Kami mempunyai kemasukan bebas visa untuk 159 negara, ditambah 10 negara ASEAN.

“Ini akan dinilai berdasarkan timbal balik, kegunaan, dan keselamatan,” kata Encik Uno selepas menghadiri mesyuarat terhad yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo, di Istana Merdeka, Jakarta, pada 5 Disember.

Menurut menteri itu, pemerintah akan menjalankan penilaian bagi membangunkan pertumbuhan pelancongan Indonesia yang bermutu dan mampan.

Encik Uno percaya terdapat banyak peluang untuk sektor pelancongan Indonesia berkembang secara bermutu dan mampan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >