Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Kabinet baru M'sia ikrar jalankan tugas baik

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri-menteri yang baru dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikrar menjalankan tugas mereka sebaik mungkin demi kepentingan negara dan rakyat.



Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah kerana perkenannya pelantikan Datuk Seri Ismail sebagai Perdana Menteri.



"Ini adalah hasil dari proses teliti dan padat berdasarkan amalan demokrasi yang sesuai dengan prinsip asas Perlembagaan kita," katanya, dalam satu kenyataan.



Datuk Seri Azmin juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas pelantikan itu dan berjanji memberikan komitmennya untuk memastikan pemulihan yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang rancak.



"Memang, ketika kita melalui cabaran ekonomi dan kesihatan dari krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini, kita harus terus ke hadapan dari kedudukan yang kuat yang dibina berdasarkan asas perpaduan, penyatuan dan kebersamaan," tambahnya.



Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau dan pasukannya akan melakukan yang terbaik bagi kebajikan rakyat dan ekonomi.



"#TeamMOF dan saya, serta agensi di bawah menteri, akan terus melakukan yang terbaik bagi rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan dan keutuhan ekonomi negara,'' katanya.



Tan Sri Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana melantiknya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.



"Saya akan memberikan komitmen bagi melakarkan hala tuju bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menjadi proaktif ke arah kemakmuran negara agar setiap rakyat akan meraih manfaatnya,'' kata beliau.



Datuk Seri Ismail mengumumkan kabinet barunya kelmarin tanpa jawatan timbalan perdana menteri tetapi melantik empat menteri kanan.



Selain Datuk Seri Azmin sebagai Menteri Kanan, tiga lagi Menteri Kanan ialah Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya; dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.



Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Kanan Luar Negeri, bertukar portfolio kepada Menteri Kanan Pertahanan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >