Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri kabinet M’sia didenda kerana langgar perintah kuarantin

Aug 22, 2020 | 08:01 PM



 





Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah dikenakan denda RM1,000 ($328 ) atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.



Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, kerajaan mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara termasuk rakyat Malaysia dan warga asing untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.



"Disebabkan Mohd Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah akta terbabit, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada beliau pada 7 Ogos lalu dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan," ujar kementerian itu dalam kenyataannya yang dilapor laman web Harian Metro. 



Datuk Dr Mohd Khairuddin pulang ke Malaysia dari Turki pada 7 Julai lalu dan ujian swab pertama telah dilakukan pada hari yang sama serta didapati negatif. Ujian kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif. 



Tindakan menteri itu menjadi isu hangat di Dewan Rakyat mahupun dalam kalangan netizen di media sosial.



Beliau telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memutuskan untuk memulangkan semua gajinya sebagai menteri bagi Mei hingga Ogos 2020 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >