KUCHING: Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter AS350 oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata siasatan dilakukan bagi mengetahui punca nahas di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, yang mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.