MENTERI Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN (IAMM) di mana mereka membincangkan perbincangan serantau, termasuk keadaan terkini di Rakhine, Myanmar.

Menteri-Menteri Luar Asean juga mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres dan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Encik Miroslav Lajak, pada Sabtu lalu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.