Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Menteri: Malaysia akan cari penyelesaian kesesakan lalu lintas antara Singapura-Malaysia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Menteri: Malaysia akan cari penyelesaian kesesakan lalu lintas antara Singapura-Malaysia

Jun 29, 2018 | 02:13 PM

JOHOR BARU: Pemerintah Malaysia komited mencari penyelesaian bagi kesesakan lalu lintas menuju ke seberang tambak antara Singapura dan Malaysia, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri Muhyiddin Yassin semalam. 

Tan Sri Muhyiddin berkata kesesakan di kededua Pusat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Causeway dan Second Link berlanjutan sejak tempoh beliau sebagai Menteri Besar bermula dari 1986 hingga 1995. 

“Kami perlu mencari jalan untuk menyelesaikan isu-isu ini bagi jangka pendek, pertengahan dan panjang kerana lalu lintas tersebut penting untuk pelancongan dan import-eksport perniagaan,” katanya selepas meninjau kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar semalam. 

Pemerintah persekutuan dijangka membuat pelan jangka pendek mengenai isu tersebut dalam tempoh tiga bulan. 

Pemerintah negeri, katanya, telah membentuk pasukan petugas, yang akan menghasilkan laporan yang akan dikemukakan kepada kabinet.

Encik Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir, juga meminta semua pembekal mesin, seperti pagar automatik dan sistem Mbike, untuk memastikan mesin yang rosak diperbaiki dengan segera. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3