Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Menteri M’sia: Cuaca panas melampau undang risiko besar

Jun 07, 2023 | 05:21 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia kini dilanda fenomena cuaca melampau membabitkan panas dan kurang hujan luar biasa yang mengundang risiko kemarau serta jerebu, selain kesan kepada tahap kesihatan terutama strok haba.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata keadaan itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Antara Januari hingga Mei lalu, bacaan suhu harian maksimum tertinggi direkodkan ialah 38.6 darjah Celcius di Raub, Pahang.

“Sepanjang tempoh itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan pemakluman harian kepada rakyat berhubung keadaan semasa terutama kawasan yang berada dalam tahap berjaga-jaga,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berhubung fenomena cuaca panas luar biasa yang melanda negara di Dewan Rakyat pada Rabu.

Encik Nik Nazmi berkata, data setakat Isnin lalu menunjukkan hanya Bentong, Pahang, berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga dengan catatan suhu maksimum 35 sehingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Selain tahap normal dan berjaga-jaga itu, katanya, kriteria cuaca panas terbahagi kepada dua tahap lagi, iaitu status tahap dua di mana gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dan tahap tiga (gelombang haba ekstrem) yang mana suhu harian melebihi 40 darjah Celsius.

“Pada masa ini, tiada suhu ekstrem melebihi 38 darjah Celsius diramal berlaku dari Jun hingga Disember, namun ada terdapat kemungkinan negara mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa dengan peningkatan antara 0.5 darjah Celsius sehingga satu darjah Celsius.

“Negara dijangka mengalami fenomena El-Nino lemah bermula bulan ini (Jun) dan meningkat ke tahap sederhana pada November.

“Ia dijangka mengakibatkan jumlah hujan 20 peratus hingga 40 peratus pada Jun hingga Oktober ini terutama di selatan Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah,” katanya.

Encik Nik Nazmi berkata, kelaziman Monsun Barat Daya adalah tiupan angin secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil.

Katanya, ia menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh itu dan mengakibatkan kebanyakan tempat di seluruh negara melalui taburan hujan yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, masih ada kemungkinan hujan lebat berserta ribut petir berikutan fenomena garis badai di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutama pada awal pagi.

“Bagi Jun kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima sedikit hujan di bawah purata iaitu antara 50 milimeter (mm) sehingga 150 mm kecuali Perlis, Pulau Pinang, Kedah, utara Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan pada purata 50 hingga 300 mm,” katanya.

Tambahnya, negara dijangka berada dalam fasa akhir monsun Barat Daya pada September ini dengan jangkaan peningkatan hujan di kebanyakan negeri di Semenanjung, dengan taburan purata hujan pada paras 100 hingga 400 mm.

Sementara itu, Encik Nik Nazmi berkata sebanyak 352 loji rawatan air beroperasi pada tahap normal, bergantung kepada ketersediaan sumber air mentah.

“Sehingga hujung tahun lalu (2022), Pulau Pinang dan Terengganu merekodkan tahap rizab margin air pada kadar selesa melebihi 20 peratus manakala Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Labuan berada pada kadar rizab margin sederhana iaitu 10 hingga 20 peratus.

“Perlis dan Melaka mencatat rizab margin rendah bawah 10 peratus manakala Kedah dan Kelantan tidak mempunyai rizab bekalan air terawat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >