BATU PAHAT: Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia diminta mengkaji semula cadangan mahu menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari tahun depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Ab Aziz Kaprawi bagaimanapun berpendapat cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang. Sebaliknya, beliau mengesyorkan supaya pihak persatuan wajar adakan perbincangan dengan pelbagai pihak terlebih dahulu, termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).