Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Pelancongan Malaysia bakal bincang dengan Singapura tentang laluan pelancongan vaksinasi

Oct 28, 2021 | 07:42 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri, akan berbincang dengan wakil pemerintah Singapura pada Jumaat (29 Oktober), mengenai laluan pelancongan vaksinasi antara kedua-dua negara.



Cik Nancy berkata, perbincangan itu dijangka diadakan bersama Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura, Encik Gan Kim Yong, bagi melancarkan perancangan Malaysia untuk membuka pintu sempadannya kepada pelancong dari republik itu.



Beliau berkata, rancangan laluan perjalanan bagi pengembara antara Malaysia dan Singapura itu juga adalah usaha memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara dan akan membabitkan beberapa kementerian dari kedua-dua negara, termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Negeri.



"Hasil perbincangan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan jika diluluskan, ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya pada sidang media di Parlimen.



Beliau berkata, inisiatif itu dibuat kerajaan sebagai langkah untuk membuka lokasi pelancongan negara kepada pelancong asing lebih awal seperti diminta pihak industri.



Katanya, pihak industri sektor pelancongan tempatan sudah bersedia menerima kedatangan pelancong asing bagi membantu mereka bernafas semula.



"Kita menjangkakan tiga bulan selepas pembukaan Langkawi kepada pelancong asing pada 15 November ini namun mungkin kita mula lebih awal lagi," katanya. - Berita Harian Malaysia



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >