Merangkak hubungi 911 dengan lidah selepas tiba-tiba lumpuh

Seorang bekas pengayuh basikal gunung profesional mengalami lumpuh dari leher ke bawah selepas rebah di Vancouver, Kanada.

Berasa pening dan mengalami kebas di leher dan anggota badan, Encik Andrew Cho, lelaki Korea-Canada 29 tahun, pulang daripada makan malam dengan kawan-kawannya awal pada 6 Jan.

Beliau tidak tahu bahawa saluran darah pada saraf tunjangnya pecah, dan beliau rebah di lantai.

Tanpa ada sesiapa membantu, beliau merangkak dengan hanya menggunakan dagu ke iPhone beliau yang jatuh kira-kira jarak 25 sentimeter, dan mengaktifkan sistem arahan suara dengan lidahnya menghubungi 911.

Beliau beransur pulih di Hospital Besar Vancouver selepas menjalani pembedahan kecemasan dan dapat menggerakkan sebahagian badan sebelah kanan, menurut Global News.

Kawan-kawan Encik Cho dan keluarganya kemudian memulakan kempen GoFundMe bagi mengumpul C$75,000 ($81,308) sebagai permulaan.

Ia telah mengumpul lebih $93,000 dalam tiga hari.

Dalam video yang disiarkan di laman kempen itu, Encik Cho mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya.

"Saya tidak percaya sokongan datang dari seluruh dunia, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang menyumbang kepada kempen, dan berharap pulih sepenuhnya dan keluar dari sini," kata beliau. - ST

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.