Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Merkel: 2020 paling sukar sepanjang 15 tahun kepimpinan

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



BERLIN: Cik Angela Merkel dalam amanat Tahun Baru terakhirnya kepada negara sebagai canselor Jerman berkata tahun 2020 adalah yang paling sukar dalam tempoh kepimpinannya selama 15 tahun, namun permulaan vaksinasi terhadap Covid-19 menjadikan 2021 sebagai tahun harapan.



Cik Merkel, yang membawa Jerman dan Kesatuan Eropah (EU) mengharungi krisis kewangan 2008, krisis hutang Greece setahun kemudian dan krisis pendatang lima tahun lalu, mengecam gerakan tunjuk perasaan yang menentang larangan pergerakan dan berkata beliau akan mendapatkan suntikan vaksin apabila ia tersedia secara meluas.



"Izinkan saya memberitahu anda sesuatu yang peribadi sebagai kesimpulan: dalam sembilan bulan satu pilihan raya parlimen akan berlangsung dan saya tidak akan bertanding lagi," kata Cik Merkel, 66 tahun.



"Oleh itu, hari ini mungkin kali terakhir saya dapat menyampaikan amanat Tahun Baru kepada anda."



Beliau menambah: "Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya katakan: tidak pernah dalam 15 tahun terakhir kita mendapati tahun lama yang sungguh berat dan tidak pernah, walaupun dengan segala kerisauan dan keraguan, menantikan tahun yang baru dengan begitu banyak harapan."



Mesejnya akan menyentuh ramai orang dalam negara itu yang sedang bertarung dengan peningkatan jangkitan dan kematian akibat koronavirus.



Majoriti menyokong langkah sekatan dan vaksinasi sebagai senjata terbaik untuk melawan virus itu.



Pujian untuk Cik Merkel, ahli fizik yang pengurusan pandemik itu dipandu oleh nasihat saintifik dan berjaya mengawal gelombang pertama, bagaimanapun berubah menjadi kritikan di atas kegagalannya untuk mengatasi yang kedua.



Ekonomi terbesar di Eropah itu mengadakan pilihan raya September ini.



Cik Merkel, yang parti konservatifnya dijangka dapat memenangi kebanyakan kerusi di parlimen, kemungkinan besar akan menyerahkan kepimpinan kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang bersaing untuk mengetuai parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) itu.



"Saya hanya dapat membayangkan kepahitan yang dialami orang-orang yang kehilangan insan tersayang akibat korona atau yang terpaksa melawan kesan sesuatu penyakit sedang virus itu dipertikai dan dinafikan oleh beberapa orang yang tidak berguna," kata Cik Merkel.



"Teori konspirasi tidak hanya palsu dan berbahaya, tetapi juga sinis dan kejam," tambahnya. "Saya juga akan divaksinasi apabila giliran saya tiba."



Sekiranya pembangunan perikatan setelah pilihan raya September berlanjutan hingga selepas Disember, Cik Merkel akan tetap menjadi canselor sementara pada 2022 hingga pemerintah baru dilantik. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >