RIYADH: Kerajaan Arab Saudi telah memecat Menteri Kesihatannya sedang jumlah korban akibat kes Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) melonjak kepada 81 orang.
Seorang rakyat Arab Saudi yang berusia 73 tahun mati di Riyadh akibat penyakit berjangkit itu, sementara seorang lagi rakyat negara itu berusia 54 tahun mati di bandar pelabuhan Jeddah, menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lewat kelmarin.