Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir gesa resolusi PBB campur tangan ketenteraan dalam Libya

Feb 17, 2015 | 05:52 PM



PRESIDEN Mesir Abdel Fattah al-Sisi telah menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar ia meluluskan resolusi bagi satu campur tangan ketenteraan antarabangsa di Libya yang kini menghadapi masalah keselamatan.


"Tiada pilihan lain. Dengan mengambil kira persetujuan rakyat Libya kita harus mengembalikan keselamatan dan kestabilan negara tersebut," kata Encik Sisi dalam satu interviu dengan radio Perancis, Europe 1, hari ini Selasa.


Presiden Mesir itu sering melaungkan gesaan agar suatu bentuk campur tangan global dilancar di Libya, yang menghadapi keadaan huru-hara sejak mantan Presiden Libya Muammar Gaddaffi digulingkan pada 2011.


Keadaan huru-hara di Libya telah menyaksikan beberapa kumpulan militan berperang sesama sendiri untuk menguasai bandar-bandar utama negara yang kaya dengan minyak itu.


Ia juga telah menjadi medan yang sesuai untuk Kumpulan Militan Negara Islam (ISIS) untuk bertapak dan berkembang.


Mesir semalam melancarkan serangan udara ke atas kem-kem dan stor senjata ISIS di bandar Derna, di Libya, beberapa jam selepas kumpulan itu menyiarkan video klip video menunjukkan mereka memenggal kepala 21 rakyat Mesir beragama Kristian. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >