Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir umum pembukaan laluan sempadan Rafah selama tiga hari

Pembukaan bermula esok hingga Isnin
Dec 16, 2016 | 04:51 PM



JALURAN GAZA (Palestin) - Pihak berkuasa Mesir semalam mengumumkan bahawa ia akan membuka laluan di sempadan Rafah di kedua-dua hala bermula esok.



Jawatankuasa sempadan dan laluan Gaza dalam kenyataannya semalam berkata, mereka dimaklumkan oleh pihak berkuasa Mesir bahawa laluan Rafah akan dibuka antara Sabtu hingga Isnin.



Dalam pada itu, sumber keselamatan Mesir pula memberitahu agensi berita Ma'an bahawa keputusan membuka laluan datangnya dari Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi "bagi mengurangkan kepungan ke atas Jaluran Gaza dengan membuka laluan itu dua kali sebulan."



Pihak berkuasa Mesir telah menutup laluan Rafah yang menghadang kemasukan ke Jaluran Gaza pada Selasa lalu selepas membukanya untuk tiga hari berturut-turut yang membolehkan sekurang-kurangnya 2,000 orang meninggalkan kawasan terkepung di pesisiran Laut Mediterranean itu, sementara 1,500 orang pula memasuki kawasan itu dari Mesir.



Sejak pembukaannya, keutamaan diberikan kepada "kes-kes kemanusiaan" termasuk pesakit, pelajar yang belajar di luar Gaza, dan golongan ekspatriat, selain pemegang pasport Mesir.



Mesir meneruskan sekatan yang dilaksanakan Israel di Jaluran Gaza yang untuk sebahagian besar tempoh sepanjang tiga tahun lalu, sejak kejatuhan mantan Presiden Muhammad Morsi pada 2013 dan pelantikan Presiden Abd al-Fattah al-Sisi di Mesir.



Sedang sempadan Mesir terus kekal sebagai talian hayat utama untuk penduduk Jaluran Gaza dengan dunia luar, pihak berkuasa Mesir pula secara perlahan-lahan telah membataskan pergerakan menerusi laluan sempadan itu sejak Morsi ditumbangkan oleh tentera Mesir.



Disebabkan sekatan ke atas pergerakan rakyat Palestin menerusi sempadan itu, ramai penduduk Gaza dihalang daripada meninggalkan atau memasuki kawasan pinggir laut itu, ada diantaranya untuk berbulan lamanya, sedang pintu masuk dibuka secara berkala oleh pihak berkuasa Mesir - menyebabkan kesukaran bagi warga Palestin di dalam dan di luar jaluran tersebut.



Pada 2015, laluan Rafah ditutup selama 344 hari. Ia mula dibuka secara kerap sejak awal 2016.



Sekatan hampir sedekad yang dilakukan Israel telah menyebabkan penduduk di Jaluran Gaza seramai 1.8 juta orang mengalami kemiskinan melampau dan mengalami antara kadar pengangguran tertinggi di dunia.



Prasarana Gaza belum pulih daripada tiga serangan ofensif Israel sejak enam tahun lalu.



Pembangunan semula yang lambat dan lembab itu bertambah buruk akibat sekatan yang dikenakan, hingga menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Gaza tidak mungkin sesuai didiami menjelang 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >