Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno dijadual putuskan isu kerjasama dalam PN

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pendirian UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu menjadi a fokus utama mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) lewat malam tadi.



Mesyuarat yang dikatakan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan mengenai pendirian parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Sehingga akhbar ini dicetak semalam, Umno juga dijangka menyatakan pendiriannya sama ada Ahli Parlimen (AP) parti itu yang berada dalam kerajaan ketika ini perlu meletak jawatan menteri dan timbalan menteri, yang sekali gus boleh menjurus kepada kemungkinan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hilang sokongan.



Ini antara agenda penting yang dijangka disentuh mesyuarat MKT malam tadi, susulan pertemuan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan ketua-ketua bahagian parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.



Selepas perjumpaan itu, Datuk Ahmad Zahid juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di ibu negara, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Sebelum mesyuarat MKT itu, Umno juga dijadual mengadakan mesyuarat Biro Politik petang semalam, dengan kehadiran semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, antara lain untuk membuat ketetapan rasmi mengenai agenda yang bakal diketengah dalam mesyuarat MKT.



Usul menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini dibangkitkan lebih 140 bahagian Umno dalam mesyuarat mereka yang berlangsung secara serentak, pada hujung minggu lalu.



Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Sufian Hamdan, dalam kenyataannya malam kelmarin mengesahkan perkara itu akan disentuh dan dijangka diputuskan dalam mesyuarat MKT, malam tadi.



Beliau juga berkata, sungguhpun kerjasama dengan Bersatu diputuskan, Umno mahu supaya kerjasama yang terjalin dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) diteruskan.



"Saya hanya boleh menyentuh pendirian Umno, iaitu Umno masih menaruh harapan untuk mengukuhkan kerjasama dengan PAS.



"Jika pertalian Umno-Bersatu terputus sekalipun, Umno tidak akan membelakangkan persahabatan Muafakat Nasional yang sudah terbentuk," katanya.



Konflik antara Umno dan Bersatu berlarutan hingga kini ketika kedua-dua parti sedang merundingkan agihan kerusi pilihan raya akan datang, dengan pihak akar umbi Umno menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Bersatu yang mahukan supaya sebahagian kerusi dimenangi Umno pada pilihan raya 2018, ditandingi calon mereka.



Bulan lalu, konflik dua parti ini juga tercetus di Perak yang menyaksikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, meletak jawatan Menteri Besar Perak, sebelum Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad, mengambil alih jawatan itu.



Sementara itu, pihak pembangkang kelmarin membidas tindakan Umno yang dikatakan secara berterusan menuntut pilihan raya umum ke-15 diadakan ketika negara berdepan penularan Covid-19, banjir dan masalah ekonomi, lapor BHM.



Dalam satu kenyataan yang ditandatangani 14 AP pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Bebas, mereka berpendapat, tuntutan seumpama itu tidak wajar dibuat dan harus ditolak rakyat.



"Dengan mempertimbang semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan Umno untuk mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini," ujar kenyataan itu.



"Hampir tiga minggu selepas Belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, Umno mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.



"Mereka memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar," katanya.



AP itu mendakwa negara sudah banyak kehilangan masa akibat salah laku pentadbiran dan rasuah selama bertahun-tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >