Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai tanpa kenyataan rasmi

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mesyuarat tertutup antara Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut selesai selepas berlangsung lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan, lapor Sinar Harian semalam.



Namun tiada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan Umno berhubung mesyuarat yang diadakan pada 9.00 malam kelmarin.



Beberapa pemimpin tertinggi Umno berada di Ibu Pejabat Umno itu sejak tengah hari itu, dipercayai bagi membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil selepas berakhirnya tempoh 14 hari diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memanggil sidang Parlimen.



Antara yang dilihat hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Ketegangan dalam situasi politik melibatkan Umno dan PN amat jelas.



Salah seorang ahli MKT Umno, Dr Puad Zarkashi dalam catatan di Facebook menekankan "keputusan Umno untuk tarik sokongan dari Kerajaan PN sudah pasti. Hanya tunggu MKT memuktamadkannya".



Jelasnya, tindakan itu mengghairahkan ahli Umno kerana sudah tunggu sekian lama untuk parti berbuat demikian - keputusan sebulat suara yang dizahirkan semasa perhimpunan agung Umno pada Mac lalu.



"Apakah ada yang marah? Sudah tentu. Terutama yang tidak mahu Kerajaan PN rebah. Mereka akan "spin" (memutar cerita) kononnya rakyat marah. Mereka tuduh Umno gila kuasa.



"Tetapi mereka lupa. Umno sokong (Tan Sri) Muhyiddin jadi PM (perdana menteri) walaupun dia terlibat dengan Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) jatuhkan BN di PRU ke- 14.



"Umno berlapang dada bila lantikan Menteri tidak ikut hiraki parti. Kumpulan katak dari Umno semuanya diberi jawatan. Sebab itu tidak ada sebab untuk marah pada Umno. (Selama) 15 bulan Umno beri peluang kepada PN untuk memerintah.



"Bukan Umno sahaja yang kata Kerajaan PN gagal tetapi semua pihak termasuk rakyat. Sebab itu keputusan Umno adalah tepat," tulis beliau.



Menurutnya, memang ada yang risau Umno 'pull the plug' (menarik diri dari ikatan kerjasama). Golongan ini kat Dr Puad terdiri daripada mereka yang berada di dalam atau di luar Umno MNO yang risau hilang jawatan dan keistimewaan.



"Keistimewaan yang paling penting ialah perisai daripada tindakan SPRM dan LHDN. Sebab itu ada yang sanggup jadi power broker (kuasa perantara) dan jual parti.



SPRM adalah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia manakala LHDN adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - kedua-duanya berperanan dalam memeriksa kedudukan kewangan.



Dr Puad mendakwa, ramai yang takut bila Umno tarik diri dari kerjasama dalam PN.



"PM 8, geng Azmin, kluster katak dari Umno dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Kerajaan PN boleh tumbang bila bila masa.



"Tetapi pada Umno kejujuran politik sudah tidak ada. Umno lakukan untuk rakyat kerana kerajaan hari ini gagal. Umno tidak mahu terus terpalit dengannya. Umno mesti tinggalkan kerajaan yang tidak cekap kerana dasar dan cara yang terbukti salah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >