Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Meteorit bunuh lelaki di India?

Feb 10, 2016 | 12:00 PM



CHENNAI: Pihak berkuasa India berkata objek yang jatuh dan membunuh seorang pemandu bas dan mencederakan tiga yang lain ialah sebuah meteorit.


Jika terbukti benar, ia akan menjadi kematian pertama seumpama itu dalam catatan sejarah.


Namun, pakar berkata mungkin ada penjelasan lain bagi kejadian pada Sabtu lepas di negeri Tamil Nadu itu.


Kesan objek itu meninggalkan kawah sedalam 1.5 meter di tanah, menurut akhbar Times Of India, dan memecahkan anak tetingkap tingkap di bangunan berdekatan, membunuh pemandu yang sedang berjalan lalu itu.


Objek tersebut hana seberat 11 gram, kira-kira seberat bateri AAA, lapor akhbar itu.


Imej dalam media tempatan menunjukkan sebuah batu kebiruan, yang Ketua Menteri Tamil Nadu, Cik Jayalalithaa Jayaram, gambarkan sebagai "meteorit" - walaupun saintis berkata itu belum terbukti.


"Sebuah meteorit jatuh di sebuah kolej kejuruteraan swasta... dan meragut nyawa seorang pemandu bas kolej," kata Cik Jayaram dalam satu kenyataan lewat Ahad, sambil melahirkan "terkejut" akan berita itu.


Dr S. P. Rajaguru, penolong profesor di Astrofizik Institut Astrofizik India di Bangalore, berkata batu itu boleh menjadi meteorit, tetapi ujian lanjut diperlukan.


"Kebanyakan meteorit tidak pernah sampai ke permukaan bumi kerana mereka sama sekali mengewap di atmosfera," katanya.


"Kejadian meteorit mengena permukaan bumi sangat jarang berlaku dan tidak ada kematian dalam catatan sejarah."


Dr Rajaguru berkata objek itu mungkin serpihan roket atau kapal angkasa.


Tahi bintang ialah zarah debu dan batu yang biasanya terbakar apabila melalui atmosfera bumi. Yang tidak terbakar sepenuhnya, yang hidup apabila terjatuh ke bumi, dikenali sebagai meteorit. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >