KEJADIAN tembakan di Orlando, yang menyebabkan 50 orang terbunuh dan berpuluh yang lain cedera, merupakan serangan kejam yang dikutuk Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.
Serangan ke atas kelab malam gay di Orlando, Florida, oleh seorang lelaki bersenjata dengan raifal merupakan kejadian tembakan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.