PEMERINTAH Singapura bersedia menawarkan bantuan jika diperlukan pihak Taiwan.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya semalam berkata pemerintah turut bersedih akan kehilangan nyawa dan kerosakan yang disebabkan gempa bumi dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas oleh bencana itu.