SEMENYIH (Selangor): Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, satu saranan akan dibuat agar seluruh negara "bertafakur" sebaik kesemua jenazah dibawa pulang.
"Tafakur akan berlangsung lebih dari seminit, apabila kesemuanya diam seketika," ujarnya.
Hampir kesemua mangsa pesawat MH17 berbangsa Cina akan disemadikan di Belanda sebelum abu mayat di bawa pulang ke Malaysia.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beberapa ahli keluarga telah memberikan persetujuan dalam hal ini tetapi beliau tidak menyatakan jumlah sebenar keluarga yang telah memberikan persetujuan itu.
"Sejauh ini, dua rakyat Malaysia telah dikenalpasti menerusi bedah siasat yang dijangka berakhir minggu depan," katanya.
Pesawat milik syarikat Penerbangan Malaysia, MH17, yang membawa 298 penumpang termasuk 43 anak kapal, terhempas di timur Ukraine selepas dipercayai terkena bedilan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.
Datuk Seri Liow, yang mengetuai jawatankuasa untuk acara persemadian terakhir mangsa MH17 berkata, tarikh bagi hari berkabung nasional bagi tragedi itu akan ditetapkan sebaik kesemua mayat dikenalpasti. - BHM.