Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MH370 'turun pada kelajuan tinggi dan semakin laju' sebelum hilang

Nov 02, 2016 | 10:43 AM



SYDNEY: Satu laporan baru berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 mengatakan analisis tambahan komunikasi satelit dari pesawat itu selaras dengan keadaan ia "sedang turun pada kelajuan tinggi dan semakin laju' sebelum ia hilang.



Laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai carian MH370, berkata analisis tambahan serpihan kelepak sayap mendapati pesawat itu tidak dipersiap  untuk mendarat ketika itu.



Kedua-dua maklumat itu menyokong pandangan lama ATSB bahawa pesawat MH370 itu tidak dipandu dan menjunam selepas kehabisan bahan api tanpa campur tangan manusia.



Laporan 28 muka surat yang dikeluarkan pada Rabu (2 Nov), mengandungi simulai baru saat akhir penerbangan dan keadaan ia melayang, bertepatan dengan permulaan satu mesyuarat tiga hari pakar antarabangsa bagi membangunkan rancangan yang berpotensi meneruskan carian MH370.



Pesawat Boeing 777 itu hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal. Kejadian itu mencetuskan carian selama dua setengah tahun yang memberi tumpuan pada Lautan Hindi.



Pihak berkuasa dari Malaysia, Australia dan China pada mulanya dijangka selesai mencari di kawasan 120,000 km persegi menjelang akhir tahun ini (2016), tetapi cuaca buruk menangguhkan carian selama dua bulan lagi.



Menteri Pengangkutan Australia, Encik Darren Chester, yang mempengerusikan mesyuarat pakar di Canberra, berkata kumpulan itu akan mengkaji semula semua data yang ada dan analisis berkaitan carian tersebut.



Laporan ATSB membayang para pakar percaya kawasan carian sekarang tempat paling mungkin mengandungi lokasi pesawat itu terhempas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >