Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mikhy Farrera-Brochez dikenakan tiga tuduhan di mahkamah Amerika berhubung kes pembocoran daftar HIV di S'pura

Mar 09, 2019 | 03:30 PM



 



 



WASHINGTON: Mikhy Farrera-Brochez didakwa di hadapan juri di Kentucky pada Khamis (7 Mac) atas tiga kesalahan berhubung dokumen peribadi yang dicuri dari Singapura.



Proses itu membuka laluan bagi kes itu dibicarakan.



Brochez, seorang warga Amerika Syarikat berusia 34 tahun, dinamakan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada Januari, sebagai individu yang membocorkan daftar pesakit HIV di Singapura.



Tuduhan pertama, berkenaan hasrat memeras ugut, berhubung e-mel yang dikirimkan Brochez dari Kentucky ke Singapura pada 22 Januari.



E-mel itu mengandungi ancaman untuk merosakkan reputasi pegawai pemerintah Singapura dan MOH, menurut tuduhan juri yang dilihat akhbar The Straits Times (ST).



Berdasarkan afidavit - kenyataan bertulis yang boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah - dari ejen khas Biro Siasatan Federal (FBI) Chelsea Holliday, Brochez telah meminta pemerintah Singapura menyiasat kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya semasa berada di Singapura. E-mel ini mengandungi beberapa pautan ke dokumen yang disimpan di Google Drive - ruang simpanan di alam maya - yang menurut Brochez, adalah pautan ke daftar HIV.



Tuduhan kedua berkenaan hasrat memeras ugut melibatkan satu lagi e-mel yang dikirimkan kepada pegawai Singapura pada 18 Februari.



Cik Holliday berkata Brochez memberitahu pegawai Singapura, melalui e-mel ini, bahawa beliau akan terus mendedahkan maklumat sulit yang dimilikinya sehingga pemerintah Singapura menghapuskan daftar HIV dan melepaskan suaminya Dr Ler Teck Siang dari ‘penjaraan tidak mengikut undang-undang yang berdasarkan tuduhan palsu’.



Ler didapati berasalah pada 2016, kerana membantu Brochez memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa. Ler sedang merayu hukuman penjara yang diterimanya.



Setiap tuduhan ini diiringi hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga AS$250,000 ($340,000) dan peluang dibebaskan dengan syarat penyeliaan selama sehingga setahun.



Tuduhan ketiga, yang juga melibatkan e-mel yang dikirimkannya pada 22 Januari, adalah berkenaan perbuatannya mengambil tanpa kebenaran, atau memiliki dokumen peribadi orang lain, dengan hasrat untuk memeras ugut.



Jika didapati bersalah atas tuduhan ini, Brochez boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda AS$250,000, dan dikenakan perintah penyeliaan sehingga tiga tahun selepas dibebaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >