Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan Abu Sayyaf penggal kepala tebusan rakyat Malaysia

Nov 18, 2015 | 01:45 PM



MANILA: Militan Abu Sayyaf di Filipina telah memenggal kepala seorang tebusan rakyat Malaysia yang mereka culik Mei lalu dari sebuah resort di Sabah, kata tentera Filipina.


Encik Bernard Kemudian, 39 tahun, dipancung sekitar 4 petang pada Selasa (17 Nov) di kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di pulau Jolo, ujar Brigadier-Jeneral Alan Arrojado, komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, dalam satu laporan.


Satu kepala terpenggal, dipercayai kepala Encik Then, kemudian ditemui berhampiran bangunan majlis perbandaran di pulau itu, menurut pegawai polis selatan Filipina.


Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin, memberitahu akhbar The Star Malayasia seorang tukang sapu menemui kepala itu di dalam sebuah karung dengan kata-kata 'Bernard Then Ted Fen'  di Marina Street di Barangay Wall City di Jolo pada kira-kira 8.30 malam.


Kepala itu telah diserah kepada pasukan petugas tentera untuk ujian DNA, katanya.


Encik Then dan Cik Thien Nyuk Fun, 50 tahun, diculik dari sebuah restoran di bandar Sandakan.


Cik Thien, pengurus Ocean King Seafood Restaurant itu, dibebaskan awal bulan ini selepas kumpulan militan itu dilaporkan dibayar wang tebusan 30 juta peso ($900,000).


Akhbar The Straits Times melaporkan BG Arrojado berkata keluarga Encik Then "gagal mematuhi" permintaan militan "semasa rundingan mereka yang mendorong mereka melaksana rancangan mereka".


Mayat beliau dikebumikan segera di kawasan tempat beliau dipancung, ujarnya.


Menurut BG Arrojado, tindakan memancung Encik Then dilakukan ketika tentera Filipina melancarkan serangan meriam ke atas kedudukan penculik itu di wilayah Sulu, kira-kira 1,400 kilometer ke selatan Manila.


Polis mengenal pasti pemimpin kumpulan di sebalik penculikan itu sebagai Alhabsy Misaya, Alden Bagade dan Angah Adji.


Pegawai perisikan mengaitkan kumpulan itu dengan beberapa penculikan rentas sempadan di Sabah, t melibatkan Cik Gao Huayun, seorang pelancong Cina, dan Cik Marcy Dayawan, seorang pekerja resort Filipina, pada April tahun lalu.


Mereka dibebaskan dua bulan kemudian selepas keluarga Cik Gao dilaporkan membayar wang tebusan kira-kira 300 juta peso.


Kumpulan Abu Sayyaf dibentuk oleh pejuang Moro Islam pada 1991, dengan pembiayaan oleh kumpulan militan Al-Qaeda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >