Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN BOM BUNUH DIRI DI KABUL

Militan ISIS ngaku bertanggungjawab

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Militan ISIS mengaku bertanggungjawab melakukan serang serangan pengebom berani mati di lapangan terbang Kabul dengan menyasarkan kumpulan jurubahasa dan individu yang bekerjasama dengan tentera Amerika Syarikat (AS).



Jurucakap kumpulan itu ketika mengedarkan kenyataan melalui agensi berita Amaq di Telegram mengatakan bahawa mereka telah melakukan serangan di Pintu Biara.



Malah jurucakap itu berkongsi foto seorang pengebom yang memegang senapang dan lilitan bahan letupan di badan serta menegakkan satu jari di hadapan bendera ISIS.



ISIS mendakwa lelaki tersebutlah yang yang meletupkan bom dalam serangan bunuh diri.



Namun mereka tidak menyebut serangan kedua di Pintu Abbey sebelah Hotel Baron.



ISIS juga mengatakan pengebom berjaya melepasi pusat pemeriksaan keselamatan Taleban yang berada dalam jarak lima meter dari pasukan tentera AS, penterjemah dan orang lain sebelum meletupkan bahan peledak.



Kumpulan Taleban juga dikatakan antara mangsa letupan tersebut.



Taleban, yang sedang mengawal perkarangan di luar lapangan terbang itu adalah musuh sekutu ISIS cabang Afghanistan yang dikenali sebagai Khilafah Islam Khorasan (ISIS-K).



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan bom di lapangan terbang itu dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata insiden itu sekali gus menunjukkan keadaan tidak stabil di Afghanistan.



"Namun, ia juga menguatkan tekad kami untuk terus menyalurkan bantuan kecemasan ke negara itu sebagai sokongan kepada rakyat Afghanistan," katanya dalam satu kenyataan.



Diplomat memaklumkan bahawa Guterres semalam turut memanggil mesyuarat anggota tetap Majlis Keselamatan bagi membincangkan krisis di Afghanistan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >