Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Militan IS seludup masuk Eropah sebagai pendatang asing tanpa izin

May 18, 2015 | 03:24 PM

TRIPOLI: Pejuang militan Negara Islam (IS) kini diseludup masuk ke Eropah dengan menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin, menurut seorang penasihat pemerintah Libya kepada BBC hari ini.

Encik Abdul Basit Haroun berkata sindiket penyeludup manusia kini menyembunyikan militan IS di dalam bot yang dipenuhi golongan pendatang.

Pegawai Italy dan Mesir sebelum ini pernah memberi amaran bahawa militan IS boleh sampai ke Eropah dengan menggunakan bot pendatang.

Namun, pakar-pakar memberi amaran adalah amat sukar mengesahkan dakwaan itu.

Encik Haroun membuat dakwaan itu berdasarkan perbualannya dengan para penyeludup di Afrika Utara yang kini dikuasai militan IS.

Beliau mendakwa militan IS membenarkan pemilik bot meneruskan operasi dengan syarat pemilik bot menyerahkan separuh pendapatan mereka.

Militan IS kini beroperasi di beberapa bahagian di Libya, termasuk bandar Derna, timur Libya. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3