Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan serang kem tentera India di Kashmir, seorang askar maut

Oct 03, 2016 | 03:13 PM



SRINAGAR (India): Sekurang-kurangnya enam militan menyerang sebuah kem tentera India di utara Kashmir pada Ahad (2 Okt) malam, membunuh seorang pengawal sempadan dan mencederakan yang lain, dua minggu selepas serangan sama membunuh 19 askar India dan menaikkan ketegangan antara negara itu dan Pakistan.



Serangan ke atas kem 46 Rashtriya Rifles India di Baramulla, yang juga menempatkan unit Pasukan Keselamatan Sempadan, itu bermula pada kira-kira 10.30 malam dan tembak-menembak berlaku.



Seorang pengawal sempadan terbunuh dan seorang lagi cedera apabila militan itu cuba memasuki kem tentera, kata Penguasa Polis Baramulla, Imtiyaz Hussein.



Beliau berkata kumpulan militan itu, yang nampaknya sampai ke kem tersebut dengan bot, telah melarikan diri.



"Mereka melarikan diri dalam kawasan gelap," katanya pada pagi Isnin (3 Okt).



India mengerahkan unit pasukan khasnya ke Baramulla dan operasi dijalankan hingga pagi untuk mencari dan menjamin keselamatan kem itu.



Baramulla terletak di jalan raya dari Srinagar, ibu negara musim panas negeri paling utara India, Uri, tempat serangan ke atas pangkalan tentera pada 18 September berlaku.



India melancarkan serangan balas terhadap serangan di Uri itu pada awal pagi Khamis (29 Sep), ke atas kem militan di bahagian Pakistan Garis Kawalan (LoC).



Ia mengumumkan ia menyebabkan kemusnahan ketara, namun Pakistan menafikan serangan balas itu berlaku.



Amerika Syarikat telah menggesa India dan Pakistan supaya menahan diri.



Pada Isnin (3 Okt), Pakistan berkata penasihat keselamatan negara dua negara itu telah berhubungan dalam usaha menenangkan keadaan di LoC.



"Pakistan mahu mengurangkan ketegangan di LoC dan memberi tumpuan pada Kashmir," kata Encik Sartaj Aziz, penasihat dasar luar kepada Perdana Menteri Nawaz Sharif, dalam satu kenyataan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >