BAGHDAD: Kumpulan militia Syiah telah dikerahkan ke Ramadi selepas kumpulan militan Negara Islam (IS) dapat menawan bandar itu dalam serangan kilat dalam tempoh tiga hari.
Kejatuhan Ramadi, ibu negeri Anbar iaitu wilayah terbesar di Iraq, adalah tamparan paling hebat kepada pemerintah negara itu sejak memulakan serangan besar-besaran bagi merampas semula kawasan yang ditawan kumpulan militan tersebut sejak Jun 2014.