Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Minyak: Opec gagal setuju mengenai siling pengeluaran baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Minyak: Opec gagal setuju mengenai siling pengeluaran baru

Jun 03, 2016 | 09:36 AM

VIENNA: Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) gagal mencapai persetujuan mengenai siling baru bagi pengeluaran minyak dalam satu mesyuarat pada Khamis (2 Jun), kata setiausaha agungnya, Encik Abdalla El-Badri.

Ini bermakna minyak mentah kartel itu akan terus mengalir tanpa kekangan formal.

"Sangat sukar mencapai bilangan yang disetujui," kata Encik El-Badri dalam satu sidang akhbar.

"Tetapi pada masa ini... jumlah yang kami hasilkan munasabah bagi pasaran, pasaran menerimanya, harga bergerak."

Pada Disember lalu, Opec, yang menghasilkan sekitar satu pertiga minyak dunia, mengetepikan sasaran pengeluarannya yang sebanyak 30 juta tong sehari (bpd).

Sasaran itu, bagaimanapun, memang telah dilanggar secara meluas, dengan jumlah pengeluaran oleh kumpulan 13 negara itu sekitar 32 juta tong sehari.

Iran, yang baru kembali ke pasaran minyak Januari lalu selepas sekatan ke atasnya ditarik balik, menentang sasaran baru dan sebaliknya lebih suka kuota dikenakan ke atas anggota individu Opec.

Seperti pada mesyuarat sebelum ini pada Disember tahun lepas, kebuntuan terkini bermakna Opec membenarkan anggotanya menghasilkan jumlah minyak sesuka hati mereka, yang membawa kepada lebihan bekalan.

Harga minyak jatuh hingga AS$27 setong pada Januari, terendah dalam tempoh lebih satu dekad, tetapi telah pulih kepada kira-kira AS$50 disebabkan isu bekalan global.

Pada Khamis (2 Jun), harga minyak mentah Brent jatuh 37 sen kepada AS$49.35 setong pada 1.45 petang di London.

Pakar berkata pasaran minyak akan mengalami kemerosotan harga pada jangka pendek.

Sementara itu, Opec juga berkata ia telah melantik Encik Mohammed Barkindo dari Nigeria sebagai setiausaha agung baru, menggantikan Encik Badri, warga Libya yang memegang jawatan itu sejak 2007. - AFP, Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3