Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Misi bantuan di Ghouta terpaksa dipendekkan

Mar 06, 2018 | 05:53 PM



DOUMA: Sebuah konvoi antarabangsa memendekkan misinya di Ghouta Timur, daerah yang dikuasai pemberontak Syria, setelah menyampaikan bantuan yang amat diperlukan penduduk kelmarin, apabila rejim negara itu menyerang wilayah tersebut, membunuh puluhan orang.



Sekurang-kurangnya 68 orang awam terbunuh, kata pemantau perang saudara Syria, manakala puluhan trak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sampai di bandar utama Douma kelmarin. Ia konvoi bantuan cemas pertama yang tiba sejak serangan maut yang disokong Russia bermula lebih dua minggu lalu.



Pemerintah Syria menyekat bekalan perubatan daripada enklaf yang digegarkan oleh pengeboman itu, mencetuskan kemarahan tetapi sedikit tindakan daripada Barat



Sebanyak 46 trak bantuan PBB tiba sedang serangan udara baru melanda kawasan pemberontak, yang kian mengecut selepas tentera rejim semakin mara dan kini menguasai 40 peratus daripada rantau itu.



Seorang wartawan AFP di Douma berkata pesawat tempur dan ledakan dapat didengar sedang bantuan kemanusiaan dipunggah.



Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian PBB (UNHCR) berkata konvoi itu berada di Douma hampir sembilan jam sebelum terpaksa memendekkan misi mereka.



"Kami menyampaikan seberapa banyak bantuan yang boleh di tengah-tengah serangan," kata wakil UNHCR di Syria, Encik Sajjad Malik, melalui Twitter. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >