Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

13 orang terperangkap di gua Thai

Misi menyelamat berbahaya di gua Thai dimulakan, kanak-kanak pertama dijangka dibawa keluar 10 malam

18 penyelamat memasuki gua pada 10 pagi Ahad, 8 Julai.
Jul 08, 2018 | 04:07 PM



 



 



Pasukan penyelamat di Thailand, pada Ahad (8 Julai) sedang mengadakan operasi berbahaya untuk menyelamatkan 12 kanak-kanak lelaki dan seorang dewasa yang terperangkap, sejak dua minggu lalu, di dalam sebuah gua.



Kumpulan 13 orang itu terkandas di belebas jauh di dalam gua Tham Luang. Paras air yang meningkat di sekeliling belebas itu memaksa para penyelamat bertindak.



Menurut akhbar The Straits Times, 18 penyelam telah memasuki gua di utara Thailand pada pagi Ahad dan mereka dianggarkan berjaya membawa keluar kumpulan yang terperangkap pada 9 malam (10 malam waktu Singapura).



Pihak berkuasa di Thailand berkata kanak-kanak lelaki itu cukup cergas dan bersedia untuk diselamatkan.



Apa yang sedang berlaku



Operasi sukarelawan dan media telah berkembang di mulut gua itu sejak minggu lalu.



Namun, awal pagi Ahad, wartawan diminta pihak berkuasa supaya beredar dari mulut gua, mencetus spekulasi bahawa misi menyelamat akan bermula.



Bekas gabenor wilayah Chiang Rai Encik Narongsak Osottanakorn, yang sedang mengetuai operasi menyelamat, memberi pengesahan bahawa 18 penyelam telah memasuki gua.



“Ini adalah Hari-D,” kata Encik Narongsak, yang menambah bahawa kanak-kanak itu dan jurulatih merekah berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat.



“Mereka berazam dan bertekad untuk keluar,” tambahnya.



Menurut Encik Narongsak, kumpulan itu dan keluarga mereka telah bersetuju bahawa misi menyelamat perlu dimulakan secepat mungkin.



Mengapa perlu bertindak sekarang?



Pegawai kecemasan telah menimbangkan beberapa cara menyelamat, termasuk menggerudi masuk ke dalam gua dari permukaan gunung. Namun dengan musim tengkujuh baru bermulu, paras air di dalam gua itu dijangka meningkat dengan drastik dalam tempoh beberapa hari akan datang.



Sebelum ini, para penyelamat telah giat mengepam keluar air dari gua dan Encik Narongsak berkata paras air di dalamnya berada di keadaan paling rendah.



“Tiada hari lain di mana kami lebih bersedia,” kata Encik Narongsak. “Jika berdalih, kita akan hilang peluang ini.”



Bagaimanakah kumpulan 13 akan dibawa keluar?



 Pasukan penyelamat tidak memberi pengesahan, tetapi kumpulan ini dijangka perlu berjalan, meranduk, memanjat dan menyelam.



Menurut wartawan BBC Jonathan Head, keadaan paling mencabar di permulaan laluan, yang ditaburi denai sempit dan laluan yang ditenggelami air.



Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu - yang tidak pernah menggunakan peralatan menyelam - berada lama di bawah permukaan air. Malah, ada yang melalui latihan berenang di dalam gua.



Difahami, para penyelamat bercadang membawa mereka ke ruang kecil yang digunakan sebagai ‘pangkalan menyelamat’ oleh penyelam.



Justeru, kumpulan itu akan berjalan kaki ke laluan masuk, dan dari sana, dibawa ke hospital di bandar Chiang Rai.



Mencerminkan bahaya yang perlu ditempuhi di dalam gua itu, seorang bekas anggota tentera laut Thailand maut di dalamnya minggu lalu,  semasa menghantar tangki udara kepada kumpulan itu.



Pegawai kecil Saman Gunan dilaporkan pengsan dan tidak dapat dikejutkan. Rakan penyelamat yang lain berkata mereka tidak akan ‘sesiakan pengorbanan kawan mereka’ itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >