Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Misteri bertambah: Siapa dapat, ke mana pergi $4.7b yang dibayar 1MDB kepada firma BVI?

Apr 12, 2016 | 10:12 AM



ABU DHABI/KUALA LUMPUR: Misteri bertambah mengenai siapa yang menguasai sebuah syarikat yang didaftar di Kepulauan Virgin British (BVI) yang menerima AS$3.5 bilion ($ 4.7 bilion) daripada firma dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ini kerana sebuah syarikat di Timur Tengah yang mempunyai nama hampir sama dengan Aabar Investments PJS Ltd berkata pada Isnin (11 April) bahawa firma BVI itu bukan miliknya.



Syarikat dana kekayaan Abu Dhabi itu, International Petroleum Investment Co (IPIC), dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS, berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa Aabar Investments PJS Ltd "bukan sebuah entiti dalam dua kumpulan korporat ini".



Mereka tidak menerima sembarang bayaran daripada firma BVI itu, yang ditutup Jun lalu, dan tidak menerima sembarang liabiliti bagi pihaknya, kata kenyataan itu.



Satu jawatankuasa Parlimen Malaysia yang menyiasat 1MDB berkata dalam laporan yang dikeluarkan pada Khamis lalu bahawa syarikat dana pelaburan kerajaan Malaysia itu menghantar sejumlah AS$3.5 bilion kepada "Aabar BVI".



Apa yang berlaku pada wang tersebut selepas ia dihantar ke kepulauan itu British tidak dapat dipastikan, kata laporan itu.



1MDB dimiliki Kementerian Kewangan Malaysa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, mempunyai kuasa menandatangani urus niaga utama syarikat tersebut, menurut laporan parlimen itu.



Wang yang dipindahkan 1MDB kepada "Aabar BVI" termasuk kira-kira AS$1.4 bilion daripada bon yang didapatkan Goldman Sachs pada 2012. 1MDB juga membuat pembayaran sebanyak AS$855 juta, AS$993 juta dan AS$295 juta sebagai deposit keselamatan dan jaminan lain bagi bon itu kepada "Aabar BVI", kata laporan itu.



Mengulas kenyataan IPIC, 1MDB berkata ia hairan baik IPIC mahupun Aabar tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai bayaran yang dibuat 1MDB kepada Aabar BVI.



IMDB berkata rekodnya menunjukkan bukti dokumentari mengenai pemilikan Aabar BVI dan setiap bayaran yang dibuat. Namun, kenyataan 1MDB tidak memberi butir tentang pemilikan itu.



Ia menambah bahawa perjanjian sah dirunding bersama Khadem Al Qubaisi dalam kedudukannya sebagai pengarah urusan IPIC dan pengerusi Aabar atau bersama Mohamed Badawy Al Husseiny, ketua pegawai eksekutif Aabar.



Bank pusat Amiriah Arab Bersatu (UAE) telah memerintahkan aset Khadem dan Mohamed Badawy dibekukan, menurut sumber perbankan minggu lalu.



Alasan bagi pembekuan itu tidak jelas. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >