BUKIT MERTAJAM: Misteri pembunuhan kejam yang menyaksikan kepala dua mangsa dipotong dan dibuang di dua daerah di negeri ini berjaya diselesaikan selepas polis memberkas 17 warga Myanmar dan menemui sebuah rumah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian ngeri itu.
Rumah berwarna hijau muda yang mempunyai dua bilik bernombor 575R itu terletak di Kampung Pisang, Machang Bubuk, di sini dipercayai disewa suspek sejak empat bulan lalu daripada seorang pesara guru.