Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Model Russia dikritik lakukan aksi nekad di menara Dubai

Feb 16, 2017 | 12:45 PM



AKSI fotografi nekad seorang model Russia menarik kutukan dalam talian, dengan ramai orang mengkritik beliau kerana membahayakan nyawa sendiri.



Viktoria Odintsova, 22 tahun, dirakam terjuntai di tepi sebuah bangunan pencakar langit di Dubai tanpa memakai sebarang alat keselamatan, dengan hanya tangannya dipegang seorang pembantu lelaki.



Pos pertama video dan gambar aksi nekadnya di Instagram pada Januari menarik lebih satu juta 'view'.



Beberapa orang memuji beliau kerana berani, tetapi ramai mengkritik beliau sebab tidak menghargai nyawanya.



Seorang pengguna berkata: "Kecantikan pudar, kebodohan kekal selama-lamanya."



Seorang lagi memarahi beliau: "Awak gila betul. Mana boleh awak bermain dengan nyawa. Mengarut. Ramai orang sakit dan mereka mahu mempunyai satu lagi peluang."



Video itu diambil di Menara Cayan, yang setinggi 306m dan 75 tingkat dan merupakan bangunan tertinggi di dunia pada 2013.



Akaun Instagram Cik Odintsova juga mempunyai gambar beliau melakukan beberapa sukan lasak, seperti terjun bungee di Russia, ziplining (seperti flying fox, atau terbang kelawar) di Dubai dan terjun udara di tempat tertutup di Bahrain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >